Friday, 21 November 2014

Perkhemahan Gunung Jerai Disember 2014

Salam Pengakap

Hebahan Awal.

Kepada ahli Pengakap yang berminat, dari sebarang Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana adalah dijemput untuk menyertai program berikut:

Program:  KEM MOTIVASI SAHABAT ALAM 2014

Tema:  Kehijauan Flora Warisan Bersama

Tarikh: 1 hingga 4 Disember 2014

Lokasi:  Taman Rekreasi Sungai Peroi, Gunung Jerai, Kedah Darul Aman.


Anjuran: Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri, Beseri Perlis
- dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Yuran program : RM50 seorang
(Termasuk makanan asas sepanjang program, pengangkutan dari Perlis ke Gunung Jerai, pengangkutan di Gunung Jerai, sewaaan tapak perkhemahan, kos untuk aktiviti pengembaraan, sukan kemahiran.

Peralatan yang perlu dibawa sendiri oleh peserta:
1.  Pealatan Perkhemahan - Khemah dan peralatan individu berkaitan perkhemahan (seperti parang, tali rafia, lampu suluh, lilin, dsb)
2.  Uniform Pengakap, beg pengembara, kasut aktiviti/sukan yang bersesuaian.
3.  Keperluan peribadi, pakaian lebihan yang bersesuaian untuk keperluan solat, riadah, tidur, dsb.
4.  Wang saku tambahan
5.  Keperluan perubatan peribadi jika perlu
6.  Buku log pengakap, kepada ahli yang ingin merekodkan perkhemahan ini.
7.  Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Tuan Hamidon Ahmad / 013-5161789
Pesuruhjaya Daerah Perlis Barat

Disiarkan pada 22 Nov 2014