Sunday, 24 August 2014

Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak



Peserta Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak pada 22 hingga 24 Ogos 2014, anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Perlis Barat bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Behor Empiang, Kangar, Perlis. 

Sunday, 17 August 2014

Kursus Manik Kayu

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (UNIT PENGAKAP KELANA)
PERINGKAT PENGENALAN DAN PERINGKAT 1
Anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa, Universiti Malaysia Perlis
KLKM UniMAP
Bertempat di Hutam FRIM Padang Besar Perlis
Tarikh 15 hingga 17 Ogos 2014


Thursday, 7 August 2014

Gilwell Woggle



 Gilwell Woggle

Digubah oleh seorang petugas pengakap di Gilwell Park bernama Bill Shankley pada awal tahun 1920an.  Beliau menggubah ikatan Turk's Head atau Ikatan Serban untuk menyediakan Gilwell Woggle daripada tali mesin jahit dari jenis kulit.

Pada tahun 1943, Ketua Kem di Gilwell bernama John Thurman, mencari simbol untuk diberikan Gilwell Woggle kepada peserta yang melepasi latihan pemimpin pengakap ketika itu.  

Akhirnya antara tahun 1943 sehingga 1989, penganugerahan Gilwell Woggle diberikan kepada pemimpin pengakap yang melepasi Latihan Asas, sementara skaf Gilwell (Gilwell Scarf) dan Manik Kayu (Wood Badge Beads) dianugerahkan kepada pemimpin pengakap yang tamat latihan lanjutan.

Di Malaysia, Gilwell Woggle boleh digunakan oleh ahli/pemimpin pengakap yang tamat mengikuti Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 1 dan ke atas.
 
... disusun daripada beberapa sumber internet.


cara membuat sendiri DIY Gillwell Woggle / Turk's Head Woggle

Video 1


Video 2



Video 3

Borang - Persekutuan Pengakap Malaysia

Senarai borang rasmi Persekutuan Pengakap Pengakap yang mungkin diperlukan :


PPM-1(A) / Borang Pendaftaran Keahlian Pengakap (PKK/PM/PR)

PPM-1(B) / Borang Pendaftaran Ahli Dewasa (Kelana/Pemimpin/Pesuruhjaya/Jawatankuasa Kumpulan/Ahli Majlis)

PPM-2(A) / Borang Maklumat Kumpulan

PPM-8(A) / Permohonan Pendaftaran Kumpulan Pengakap

PPM-8(C) / Permohonan Bagi Pendaftaran Pasukan Pengakap Kelana







Tuesday, 5 August 2014

Senarai Kumpulan Pengakap, Daerah Perlis Utara

UNTUK RUJUKAN UMUM SAHAJA

KUMPULAN PENGAKAP DI DALAM DAERAH PENGAKAP PERLIS UTARA

(Nombor Kumpulan / Nama Kumpulan @ Sekolah - yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia)

01 / SK Dato Kayaman
02 / SJK Kong Hwa
03 / SK Santan
04 / SK Beseri
05 / SK Paya
06 / SK Seri Tunjong
07 / SK Padang Besar (U)
08 / SK Padang Melangit
09 / SK Abi
10 /
11 / SMK Tengku Sulaiman
12 / SMK Dato' Jaafar Hassan
13 / SK Kampung Salang
14 /
15 / SK Dato' Ariffin Mohd Nam
16 / SK Lubuk Sireh
17 / SK Titi Tinggi
18 / SJK Padang Besar (U)
19 / SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah
20 / SK Batu Bertangkup
21 / MRSM Beseri
22 / SK Felda Mata Ayer
23 / SK Felda Rimba Mas
24 / SMK Abi





Dikemaskini pada 04/09/2014

Sebarang ralat dan pembetulan boleh dimaklumkan kepada Admin di emel: pengakapperlisbarat@gmail.com

Sunday, 3 August 2014

Kursus Kepimpinan Manik Kayu Pengakap Kanak-Kanak (Pengenalan & Peringkat 1) 2014

Kursus Kepimpinan Manik Kayu Pengakap Kanak-Kanak (Pengenalan & Peringkat 1) 2014
Anjuran Pasukan Latihan Pengakap Negeri Perlis Di Sekolah Kebangsaan Arau


Undang-Undang Pengakap / Scouts Laws


UNDANG-UNDANG PENGAKAP (MALAYSIA) 
/ SCOUTS LAWS

[1]  Pengakap adalah seorang yang sentiasa DIPERCAYAI maruah dan kehormatan dirinya.
     (A Scouts honour is to be trusted.)

[2]  Pengakap adalah seorang yang TAAT kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
     (Scout is loyal to the Kings, leaders, parents, employer and their subordinates.)

[3]  Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong pada setiap masa.
     (A Scouts duty is to be useful and to help others.)

[4] Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan BERSAUDARA kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
     (a Scout is a friend to all, and a brother to every other Scout, no matter to what social class the other belong.)

[5]  Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa BERBUDI.
     (A Scout is courteous.)

[6] Pengakap adalah baik dan KASIH kepada segala BINATANG.
    (A Scout is a friend to animals.)

[7] Pengakap adalah seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
(A Scout obeys their parents, their Patrol Leaders or their leaders orders without any questions.)

[8]  Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar (TABAH HATI) dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
     (A Scout smiles and whistles even in the time of need.)

[9]  Pengakap adalah BERJIMAT dan cermat.
     (A Scout is thrifty.)

[10]  Pengakap adalah bersih dan SUCI fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
(A Scout is clean in thought, word and deed.)





 ... untuk mudah menghafal dengan ringkas, boleh dilagukan:

Lagu - UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai, taat, berguna,
bersaudara berbudi,
kasihkan binatang, menurut perintah
tabah hati, berjimat,
Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan


 

Persetiaan Pengakap Malaysia


- PERSETIAAN PENGAKAP -  
(MALAYSIA)

Bahawa dengan sesungguhnya, 
saya berjanji dan bersetia, 
yang saya, 
dengan seberapa daya upaya saya, 
akan;
 Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
 Menolong orang pada setiap masa,
 Menurut Undang-Undang Pengakap.


Selamat Datang! Welcome! Ahlan Wa Sahlan! Sawadee Krap!

SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP!
ONCE A SCOUTS, ALWAYS A SCOUTS!

Selamat Datang ke blog Pasukan Pengakap Daerah Perlis Barat (Pengakap Perlis Barat/PPsB).

Blog ini akan sentiasa dikemaskini sebagai salah satu rujukan mengenai Pengakap Perlis Barat secara khususnya, dan sebagai salah satu laman blog yang berkongsi maklumat tentang kegiatan Pengakap di Malaysia.

Blog ini juga dikendalikan secara sukarela oleh pasukan Admin bagi pihak organisasi induk PPsB.

Sekian, terima kasih.

- Admin -
- pengakapperlisbarat@gmail.com -

#Pengakap #PengakapMalaysia #PengakapPerlisBarat #Perlis #Malaysia #MalaysianScouts #MalaysiaScouts #PersekutuanPengakapMalaysia



- 04/08/2014

Laman sesawang / website - Persekutuan Pengakap Malaysia


Facebook - Pasukan Pengakap Perlis Barat