The A-TEAM : BERKHIDMAT & MEMIMPIN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Jemputan kepada yang berminat untuk menjadi ahli berdaftar dengan Krew Kelana A , Majlis Pengakap Daerah Perlis Barat.
2. Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun, khasnya yang menetap di Perlis atau asal orang Perlis.
3. Jemputan juga dipanjangkan kepada bekas penerima tauliah kepimpinan manik kayu 2 bead tidak kira samada MK Unit Kanak Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Kanak kanak ataupun Pengakap Kelana... mungkin sudah tidak aktif dan tidak mempunyai kumpulan/krew pengakap.
4. Kepada yang berumur antara 18 hingga 26 tahun, masih berpeluang untuk mengikuti Skim Latihan Pengakap Kelana, iaitu latihan dan pengujian bagi mendapatkan empat lencana tertinggi Unit Pengakap Kelana, dan kemudian pencalonan mendapatkan anugerah Rambu Pengakap Kelana, dan juga masih berpeluang untuk menduduki ujian Anugerah BP.
5. Kepada yang berumur 26 1/2 tahun ke atas, boleh mengikuti Skim Latihan Kepimpinan Manik Kayu khasnya untuk Unit Pengakap Kelana bagi membolehkan peluang untuk dilantik menjadi Pemimpin/Penolong Pemimpin... seterusnya peluang untuk mengikuti kursus-kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (Manik Kayu 3 Bead) (CALT) dan kursus Jurulatih Antarabangsa (Manik kayu 4 Bead) (CLT) dan menyertai Pasukan Latihan Pengakap samada di peringkat Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan.
6. Tidak semestinya aktif sepenuh masa kerana mungkin kita sudah berkerjaya. Namun masih ada peluang dan ruang untuk berkhidmat di dalam dan melalui Pengakap.
Kepada yang berminat boleh menghubungi:
Pesuruhjaya Daerah Pengakap Perlis Barat,
Encik Hamidon / 012-563-9053
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Program),
Pemimpin Kelana A,
Encik Fitri / 012-503-8384
Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap.
p/s: Terima kasih kepada Ahli Krew Kelana A sejak mula awal penubuhan sehingga sekarang. Jasa anda tidak disia siakan. Semoga beroleh keberkatan insya Allah.
Update: 4/9/2014
Encik Fitri / 012-503-8384
Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap.
p/s: Terima kasih kepada Ahli Krew Kelana A sejak mula awal penubuhan sehingga sekarang. Jasa anda tidak disia siakan. Semoga beroleh keberkatan insya Allah.
Update: 4/9/2014